Kami ingin menjemput tuan/puan untuk bersama-sama menjana ekonomi dengan menjual semula sisa barangan di rumah anda!
Tarikh: 17 Februari 2024 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi - 12:00 tengahari
Lokasi: Dataran MBMB
Pengisian program: Aktiviti pengumpulan barangan kitar semula secara Trash To Cash, di mana barangan yang dihantar akan ditimbang dan dibayar mengikut kadar yang ditetapkan.
Barangan yang boleh dikitar semula:
1. Minyak masak terpakai (RM2.80/kg).
2. Barangan 3R iaitu botol plastik, alumunium, besi, kertas, kotak, dsb (RM0.05~ Rm3.20 per kg) bergantung kepada jenis barangan.
3. Barangan e-waste seperti mesin basuh, printer, peti sejuk, dsb (RM 0.20 per kg).
4. Fabrik termasuk baju terpakai samada yang masih elok atau lusuh, kasut, soft toys, beg, langsir, cadar, tuala, kain alas meja (RM0.10 per kg)
Jom datang ramai-ramai. Jana pendapatan sampingan anda.