Akta-akta memberi kuasa kepada MBMB untuk menggubal dan melaksanakan undang-undang Kecil di dalam kawasan pentadbiran seluas 277 km persegi.
Akta-akta yang digunapakai oleh MBMB:
Bil | Akta |
1 | Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
|
2 | Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1971 (Akta 133)
|
3 | Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
|
4 | Akta Makanan 1983 (Akta 281)
|
5 | Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)
|
6 | Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) |
7 | Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) |
8 | Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) |
Kesalahan yang kerap dikompaun:
Terdapat berbagai-bagai kesalahan yang boleh dikompaun, tetapi yang kerap dikompaun:
Bil | Kesalahan |
1 | Kekotoran - Mengotori tempat awam |
2 | Halangan - Menghalang dengan meletakkan barang-barang perniagaan atau kenderaan di tempat awam |
3 | Berniaga atau menjaja tanpa lesen |
4 | Tidak mematuhi syarat lesen perniagaan |
5 | Tidak memakai apron dan penutup kepala semasa mengendalikan makanan |
6 | Membuat sesuatu yang menyebabkan gangguan |
Tahukah anda apa itu tempat awam?
Tempat awam merangkumi:
Bil | Tempat Awam |
1 | Jalan dan lorong |
2 | Taman / taman bunga / taman permainan |
3 | Kawasan air pancutan |
4 | Pulau lalulintas (traffic island) |
5 | Sungai dan tebing sungai |
6 | Tempat tumpuan orang ramai |
7 | Tempat-tempat laluan orang ramai |