Cara Memohon Lesen
Bagaimana Mendapatkan Lesen?
Lesen perniagaan boleh diperoleh di Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan MBMB.
Dokumen Permohonan Lesen Komposit:
Dapatkan borang permohonan lesen secara percuma di Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan untuk mendapatkan lesen perniagaan. Anda dikehendaki mengisi borang terlebih dahulu.
Dokumen diperlukan adalah seperti berikut:
Bil | Dokumen |
1 | Memorandum Pendaftaran Syarikat atau Sijil Pendaftaran Syarikat |
2 | 10 salinan pelan lokasi yang menunujukkan di mana perniagaan hendak dijalankan |
3 | 1 salinan surat Perjanjian atau kebenaran tuan bangunan (jika bukan bangunan sendiri) |
4 | Bil bayaran cukai harta/Geran hakmilik tanah |
5 | 10 keping gambar premis (pandangan hadapan) bersaiz 3R |
Permohonan Iklan
Dokumen diperlukan adalah seperti berikut:
Bil | Dokumen |
1 | Dua (2) salinan lakaran yang menunjukkan maklumat penuh iklan itu |
2 | Pelan lokasi yang menunjukkan tempat iklan hendak dipasang |
3 | Satu (1) salinan pendaftaran perniagaan untuk iklan pejabat atau salinan lesen perniagaan MBMB |
4 | Pelan struktur dengan perakuan seseorang arkitek / jurutera struktur berdaftar yang mengesahkan bahawa struktur itu akan berada dalam keadaan tegap dan kukuh. (Bagi permohonan papan dinding dan "sky sign" sahaja) |
5 | Borang yang telah dipenuhkan hendaklah diserahkan ke Jabatan Kawalan Bangunan MBMB dengan disertakan bayaran proses sebanyak RM3.00 sahaja. |