Menaiki Beca Cara terbaik untuk menyaksikan Melaka secara santai ialah dengan berjalan kaki sepanjang jalan-jalan di Melaka. Tetapi, jika anda mahukan pengalaman yang berbeza, beca adalah satu pilihan. Beca boleh membawa anda melalui jalan-jalan dan pelusuk Bandaraya Melaka yang bersejarah yang mungkin anda akan terlepas sekiranya anda memutuskan untuk meneroka sendiri. Beca boleh disewa mengikut jam atau jarak perjalanan di Bangunan Stadthuys.