PRIVASI POLISI
Dasar privasi ini menerangkan polisi dan prosedur yang melibatkan pengumpulan, penggunaan,
pendedahan, dan perlindungan maklumat yang dihantar oleh pengguna, selaras dengan Akta
Perlindungan Data Peribadi 2020. Dasar ini hanya terpakai kepada maklumat peribadi yang
diproses untuk transaksi komersial bagi membantu perkhidmatan menjadi lebih berkesan.
Tujuan penggunaan data privasi ini:
- Untuk menyediakan dan mengekalkan perkhidmatan kami.
- Untuk menguruskan maklumat pengguna sebagai pengguna perkhidmatan kami.
- Untuk menganalisis data, mengenal pasti trend penggunaan aplikasi, menilai dan
memperbaiki perkhidmatan kami.
- Untuk menghubungi pengguna melalui saluran komunikasi elektronik jika terdapat sebarang
tujuan yang munasabah.
PENGUMPULAN MAKLUMAT
Aplikasi Melaka Smart Parking memerlukan pengguna untuk berkongsi maklumat peribadi
semasa proses pendaftaran akaun, seperti nama penuh, email, dan nombor telefon.
Dengan memilih untuk memuat turun dan menggunakan aplikasi ini, pengguna bersetuju untuk
berkongsi maklumat peribadi mereka.
Maklumat tidak akan dikongsi atau dihantar untuk tujuan lain selain daripada operasi aplikasi
dan parkir.
Nama, email, dan nombor telefon pengguna akan dimuat naik ke Ipay88 untuk tujuan pengisian
semula.
PEMBAHARUAN & PEMINDAHAN MAKLUMAT PERIBADI
Maklumat pengguna tidak akan didedahkan kepada pihak ketiga jika tidak berkaitan dengan
tujuan di atas.
Maklumat pengguna yang perlu didedahkan hanya digunakan untuk mematuhi prosedur
perintah mahkamah dan tindakan penguatkuasaan.
Maklumat pengguna mungkin dipindahkan, disimpan, disusun, dan diproses di pejabat operasi
atau tempat lain yang terlibat dalam pemprosesan data.
Pastikan tiada pemindahan maklumat pengguna berlaku kepada pihak lain tanpa kebenaran.
APLIKASI
Aplikasi ini boleh dimuat turun dari Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei App
Gallery menggunakan mana-mana peranti elektronik.
COOKIES
Cookies digunakan dalam aplikasi untuk mengoptimumkan pilihan dan meningkatkan
pengalaman pengguna, membantu kami memahami cara aplikasi ini digunakan pada masa
akan datang. Cookies tidak akan menyimpan data secara kekal dan akan dipadamkan sebaik
sahaja pengguna keluar dari aplikasi.
LOG MAKLUMAT
Log maklumat digunakan untuk merekod maklumat secara automatik apabila pengguna
menggunakan aplikasi Melaka Smart Parking dan menghantar maklumat peribadi mereka.
PERUBAHAN KEPADA DASAR INI
Perubahan kepada dasar ini akan disemak dan dikemas kini dari semasa ke semasa untuk
tujuan meningkatkan perkhidmatan kami.
HUBUNGI KAMI
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan Dasar Privasi di:
Email:
No. Telefon: 06-2859700
Laman Web: [www.mbmb.gov.my](http://www. mbmb.gov.my)
---
TERMA & SYARAT
Melaka Smart Parking adalah sistem aplikasi mudah alih untuk pembayaran parkir. Aplikasi ini
tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan. Adalah dinasihatkan agar anda membaca
dan memahami terma dan syarat ini sebelum memuat turun aplikasi Melaka Smart Parking.
PEMELIHARAAN DATA
Untuk melindungi privasi dan maklumat peribadi selaras dengan Akta Perlindungan Data
Peribadi 2020, kami menggunakan teknologi terkini untuk mencegah sebarang akses atau
penyadapan tidak dibenarkan ke atas data peribadi.
KESELAMATAN PENYIMPANAN DATA
Semua privasi dan maklumat peribadi yang dikongsi oleh pengguna akan dilindungi dan
disimpan menggunakan teknologi keselamatan data yang sesuai, dan memastikan bahawa
pihak ketiga tidak menggunakan maklumat ini selain daripada tujuan aplikasi dan operasi
parkir.
PERATURAN PARKIR / PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
Pengguna aplikasi Melaka Smart Parking tertakluk kepada peruntukan di bawah Peraturan
Pengangkutan Jalan (Penyediaan Tempat Parkir) dan semua pindaan yang berkaitan.
Pengguna mesti mematuhi tempoh operasi parkir semasa meletak kenderaan di kawasan PBT.
Aplikasi Melaka Smart Parking boleh dimuat turun dari App Store, Google Play Store, atau
Huawei App Gallery.
Pengguna boleh memilih untuk membayar parkir secara jam, harian, atau bulanan semasa
menggunakan aplikasi ini.
Pengguna mesti mempunyai kredit yang mencukupi untuk menggunakan aplikasi ini, dan kredit
boleh ditambah melalui perbankan dalam talian.
TUNTUTAN / RAYUAN
Baki kredit Melaka Smart Parking tidak akan dikembalikan kerana tidak mempunyai tarikh luput.
Namun, pengguna boleh menggunakan fungsi ‘Pindah Kredit’ untuk memindahkan kredit
kepada pengguna lain Melaka Smart Parking.
PAUTAN KE LAMAN WEB LAIN
Perkhidmatan kami mengandungi pautan ke laman web lain yang tidak dikendalikan oleh kami.
Oleh itu, kami tidak mempunyai kawalan ke atas dan tidak bertanggungjawab terhadap
kandungan, dasar privasi, atau amalan laman web atau perkhidmatan pihak ketiga tersebut.
Pengguna mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
kerosakan atau kerugian yang berlaku melalui laman web atau perkhidmatan pihak ketiga.
IKLAN
Aplikasi Melaka Smart Parking mengandungi iklan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan
oleh pihak ketiga.
Pengguna mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
produk atau perkhidmatan yang dibeli melalui laman web pihak ketiga.
HUBUNGI KAMI
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai Terma dan Syarat ini, anda boleh
menghubungi kami di:
Email:
No. Telefon: 06-2859700
Laman Web: [www.mbmb.gov.my](http://www.mbmb.gov.my)