Kaunter bergerak atau kaunter kutipan luar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) adalah merupakan sebahagian daripada usaha dari jabatan terlibat seperti Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Kewangan dan Bahagian Teknologi Maklumat dan Inovasi membuka kaunter kutipan pada setiap hujung minggu (sabtu dan ahad) bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Kaunter bergerak ini dapat menjimatkan masa dan memudahkan orang awam membuat pembayaran cukai taksiran harta tanpa ke kaunter MBMB. Penempatan kaunter bergerak ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui hebahan risalah (broucher) dan di halaman pengumuman laman web www.mbmb.gov.my
Selain dari pembayaran di kaunter bergerak, orang awam juga boleh membuat pembayaran cukai taksiran harta melalui dalam talian di MyFPXMBMB