- Medium pembayaran tanpa tunai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Smart Kiosk Cashless ini bertempat di Kaunter Pandu Lalu MBMB, beroperasi secara tanpa tunai (cashless) dan boleh diakses secara pandu lalu (drive thru).
- Kiosk ini mula beroperasi dari jam 8.00 pagi sehingga 11.00 malam setiap hari termasuk hari cuti kelepasan am. Kiosk ini memudahkan orang ramai untuk membayar kompaun, cukai taksiran, sewa gerai dan juga bil pelbagai.