Lesen Perniagaan
MBMB bertanggungjawab untuk mengawal semua aktiviti perniagaan yang dijalankan di kawasan pentadbirannya. Akta Kerajaan Tempatan 1976 telah memperuntukkan kuasa kepada MBMB untuk menggubal undang-undang kecil perlesenan dan menguatkuasakan undang-undang kecil tersebut di kawasan MBMB.
- Jenis-jenis lesen premis perniagaan
- Bagaimana untuk mendapatkan lesen
- Kadar bayaran dan had tempoh lesen
Jabatan - jabatan yang terlibat di dalam proses lesen premis perniagaan :
- Jabatan Alam Sekitar
- Jabatan Bomba
- Pejabat Tanah dan Galian Melaka Tengah
Semua jenis perniagaan perlu mempunyai lesen.
Jenis-jenis Lesen
Bil | Lesen |
1 | Lesen Perindustrian
|
2 | Lesen Makanan
|
3 | Lesen Hiburan
|
4 | Lesen Penjaja
|
5 | Lesen Perniagaan Pasar |
6 | Lesen Iklan |
7 | Lesen Hotel & Rumah Tumpangan |
8 | Perniagaan Am |
Kadar Bayaran dan Had Tempoh Lesen
Kadar Bayaran Lesen Tertakluk kepada jenis tred dan keluasan lantai premis perniagaan |
Had Tempoh Lesen Tarikh Tamat : Mengikut tempoh dan tarikh kelulusan Pembaharuan lesen bagi lesen tahunan: 15 November setiap tahun |
Iklan Sementara
Kelulusan Iklan
Lesen iklan untuk sepanduk, kain rentang, gegantung dan belon dikeluarkan dalam bentuk sementara. Tempoh maksimum iklan tersebut dibenarkan digantung adalah selama 30 hari (1 bulan). Lanjutan tempoh iklan digantung dibenarkan setelah permohonan daripada pelesen disemak dan iklan yang hendak dipamer, diganti atau masih dalam keadaan baik.
Bil | Cara Memohon Lesen Iklan Sementara |
1 |
Pemohon dikehendaki melengkapkan borang permohonan dan mengemukakan iklan sebenar yang boleh dipamerkan. |
2 |
Pegawai Pelesenan akan memberikan kelulusan setelah berpuas hati dengan pematuhan syarat-syarat yang dikenakan dalam penulisan iklan. |
3 |
Setelah pemohon menjelaskan bayaran, iklan tersebut akan diberi pelekat/cop sebagai tanda kelulusan. |
Kadar Bayaran
Kadar bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut :
Bil | Jenis | Kadar Bayaran |
1 |
Bayaran proses |
RM5.00 |
2 |
Sticker/ pelekat |
RM5.00 |
3 |
Kadar lesen (RM5.00 untuk tambahan 1 meter persegi) |
RM25.00 |
4 |
Caj penurunan (setiap kain rentang / gegantung) |
|
Kadar ini bergantung kepada jumlah iklan dan jenis iklan yang dipamerkan.
Peraturan Umum
- Majlis akan menurunkan sepanduk di tempat-tempat yang dilarang, sepanduk yang tercabut daripada ikatannya, tidak berlesen dan telah tamat tempoh.
- Pelesen bertanggungjawab memastikan iklan digantung di tempat yang dibenarkan, setiap masa terikat dengan kemas.
- Iklan yang mempamerkan minuman keras dibenarkan digantung di premis yang mendapat lesen minuman keras daripada Pejabat Daerah sahaja.
- Lesen iklan sementara tidak akan dipertimbangkan bagi premis yang tidak diluluskan lesen premis perniagaannya oleh MBMB.
- Permohonan yang lengkap akan diproses dalam tempoh satu hari sahaja.
- Deposit akan lupus jika iklan papan dinding diturunkan oleh Majlis di atas kegagalan pelesen menurunkannya.
- Deposit iklan hanya boleh dituntut selepas papan dinding dibuka oleh pelesen dengan mengemukakan bersama resit asal dan salinan kad pengenalan.
Jika anda mempunyai masalah, sila hubungi:
JABATAN PELESENAN DAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah,
Graha Makmur,
No. 1, Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
75450 Hang Tuah Jaya,
Melaka
Tel : 06-285 9799 Faks : 06-231 2584