Dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sedang melaksanakan projek menaiktaraf Jejantas Melaka Sentral.
Bagi memberi laluan kepada KERJA-KERJA MENGANGKAT DAN MELANCARKAN STRUKTUR BUMBUNG (secara berperingkat) di Persimpangan Gerbang Melaka Sentral, sebahagian jalan akan ditutup seperti berikut:
1. JALAN YANG TERLIBAT:
• Jalan FT 019 Lebuh AMJ
• Jalan Panglima Awang
• Jalan Melaka Sentral
2. TARIKH :
13 NOVEMBER 2024 hingga 14 NOVEMBER 2024 (RABU HINGGA KHAMIS)
3. MASA :
Stage 1 (Lifting & Loading) 11.00 pm - 11.59 pm
Stage 2 (Lifting & Launching) 11.59 pm - 5.00 am
Sila rujuk Infografik dan Laluan Alternatif yang disediakan. Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi tanda arah dan papan tanda keselamatan yang disediakan serta mematuhi arahan petugas trafik di tapak. Berhati-hati ketika memandu dan rancanglah perjalanan anda.
Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Jabatan Kejuruteraan MBMB di talian 06-2859873 /9874