Sempena Lawatan Kerja oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ke Negeri Melaka pada 9 Februari 2024 (Jumaat), waktu penutupan jalan Zon Bebas Kenderaan DIAWALKAN bermula jam 3.00 petang hingga jam 1.00 pagi pada Jumaat, 9 Februari 2024 SAHAJA.
Manakala bagi hari Sabtu dan Ahad 10 & 11 Februari 2024, pelaksanaannya adalah seperti kebiasaan iaitu dari jam 6.00 Petang hingga 1.00 Pagi. Pengguna jalanraya dinasihatkan untuk berhati-hati ketika memandu dan dan patuhi papan tanda yang telah disediakan.