Dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah akan melaksanakan perubahan hala jalan bermula dari Persimpangan Jalan Laksamana dengan Jalan Banda Kaba (di antara Bangunan Public Bank Banda Hilir dan Bangunan Madonna) melalui Jalan Banda Kaba, Lorong Chan Koon Cheng dan Jalan Chan Koon Cheng sehingga ke Hotel Equatorial (Persimpangan antara Jalan Chan Koon Cheng dengan Jalan Parameswara). Cadangan pelaksanaan ini akan dilaksanakan kepada kenderaan ringan (kenderaan dengan berat tanpa muatan tidak melebihi 5 tan ) sahaja pada setiap Sabtu dari jam 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam, bermula pada 16 Disember 2023 bagi tujuan penyuraian trafik yang lebih baik dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar. Pemasangan papan tanda lalu lintas (jalan sehala dan dilarang masuk) akan disediakan sebagai panduan kepada pengguna jalan raya bagi jalan yang terlibat.