Dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah akan melaksanakan pelanjutan tempoh masa percubaan perubahan hala jalan bermula dari Persimpangan Jalan Laksamana dengan Jalan Banda Kaba ( di antara Bangunan Public Bank Banda Hilir dan Bangunan Madonna) melalui Jalan Banda Kaba, Lorong Chan Koon Cheng dan Jalan Chan Koon Cheng sehingga ke Hotel Equatorial
Cadangan pelaksanaan ini akan dilaksanakan kepada kenderaan ringan (kenderaan dengan berat tanpa muatan tidak melebihi 5 tan) sahaj pada Jumaat jam 6.00 petang hingga Ahad jam 12.00 tengah malam (54 jam) bermula pada 22 Disember 2023 bagi tujuan penyuraian trafik yang lebih baik dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Pemasangan papan tanda lalulintas akan disediakan sebagai panduan kepada pengguna jalan raya bagi jalan yang terlibat.