Makluman Pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan Banda Hilir Sempena Persediaan Sambutan Tahun Baru Cina 2024

Image

Dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah akan melaksanakan beberapa perubahan bagi pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan Banda Hilir, Melaka bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina 2024. Jalan-jalan terlibat adalah:


a) Jalan Laksamana, Sebahagian Jalan Tun Khalil Yaakob, Jalan Taman, Jalan Kota & Jalan Istana
Bagi jalan yang terlibat dengan penutupan jalan iaitu Jalan Laksamana, Sebahagian Jalan Tun Khalil Yaakob, Jalan Taman, Jalan Kota dan Jalan Istana, jalan-jalan ini akan ditutup selama 54 jam bermula dari hari Jumaat jam 6.00 Petang sehingga hari Ahad Jam 12.00 tengah malam.


B) Jalan Banda Kaba, Lorong Chan Koon Cheng & Jalan Chan Koon Cheng
Seterusnya bagi Jalan Banda Kaba, Lorong Chan Koon Cheng dan Jalan Chan Koon Cheng, jalan ini akan diubah hala bermula dari hari Jumaat jam 6.00 Petang sehingga hari Ahad Jam 12.00 tengah malam.


C) Lorong Hang Jebat
Bagi Lorong Hang Jebat, jalan ini akan diubah hala bermula dari hari Jumaat jam 6.00 petang sehingga hari Ahad Jam 12.00 tengah malam. Sebagai alternatif, kenderaan seterusnya dibenarkan untuk melalui Jambatan Tan Kim Seng untuk ke Jalan Tun Khalil Yaakob (terhad dari jam 1.00 pagi hingga jam 6.00 petang)


D) Jalan Kee Ann
Bagi Jalan Kee Ann pula, perubahan hala jalan ini dipendekkan jaraknya bermula dari persimpangan Jalan Kee Ann dan Bunga Raya, sehingga ke Simpang Jalan Kee Ann dan Jalan Baru (berhadapan Prima Hotel)


E) Jalan Bukit Cina & Lorong Bukit Cina
Manakala Jalan Bukit Cina pula akan dikembalikan kepada asal iaitu kenderaan boleh memasuki jalan tersebut dari Jalan Munshi Abdullah dan seterusnya tiba di Persimpangan Jalan Bukit Cina dan Jalan Temenggong (di Madras Café).

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Direktori :Direktori MBMB
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : aduan[at]mbmb[dot]gov[dot]my/
webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 05 Disember 2024.
Jumlah Pelawat
03940681

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MelakaPay