Majlis Perasmian Penutup Bengkel Isu Keselamatan Dalam Kerja Konservasi Bangunan Warisan dan Pelancaran Pelan Induk Rekabentuk Bandar Tapak Warisan Dunia Melaka

27 Jun - Majlis Perasmian Penutup Bengkel Isu Keselamatan Dalam Kerja Konservasi Bangunan Warisan dan Pelancaran Pelan Induk Rekabentuk Bandar Tapak Warisan Dunia Melaka telah diadakan di Hotel Hatten, Melaka.

Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB. Hadir sama Clr. En. Zamani bin Md. Isa, Timbalan Ketua Ahli Majlis MBMB, Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha MBMB, Ahli-ahli Majlis, Ketua- ketua Jabatan dan Unit MBMB.

Seramai 70 orang peserta telah menghadiri bengkel selama 2 hari ini bermula semalam yang terdiri daripada penjawat awam, perunding, arkitek, pelukis pelan dan lain-lain agensi yang terlibat. Sebanyak 5 pembentangan telah di bentangkan oleh penceramah-penceramah jemputan berkisar tentang isu-isu keselamatan bagi kerja-kerja konservasi bangunan warisan dan cara-cara mengatasinya.

Para peserta juga dibawa melawat ke 14 unit Rumah Kedai Jalan Laksamana, Stesen Rawatan Kecemasan ' First Aid Station' dan Kawasan Zon Bebas Kenderaan.

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Direktori :Direktori MBMB
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : aduan[at]mbmb[dot]gov[dot]my/
webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 20 September 2024.
Jumlah Pelawat
03804640

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MELAKAPAY