Majlis Perasmian Perarakan Perahu Naga 2024 yang telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka

8 Jun - Majlis Perasmian Perarakan Perahu Naga 2024 yang telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka. Program yang dianjurkan oleh Tourism Melaka dengan kerjasama Persatuan Perahu Naga Negeri Melaka, Galeri Seni Zheng He Duo Yun Xuan dan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Negeri Melaka (PPSPM), dengan penglibatan 150 peserta daripada 13 kumpulan dari seluruh Malaysia.

Dalam pada masa yang sama, turut akan berlangsung Program Malaysia- China Dragon Boat Regatta 2024 yang akan diadakan pada 9 Jun 2024 di Dataran Melaka Sentral Riverfront, Melaka. 2 kategori akan dipertandingkan iaitu Kategori Lelaki dan Campuran dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM13,200.00.

Hadir sama YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran,Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, YB Datuk Wira Abdul Razak bin Abdul Rahman, EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri Melaka dan YB Datuk Salhah Binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka yang Menjalankan Tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB dan Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya MBMB.

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Monday - Friday

General Line : +606 285 9700
Directory : MBMB Directory
Hotline : +606 333 3333
Complaint Line : +6013 302 9700 (Whatsapp only)
Fax : +606 232 5716
Email : aduan[at]mbmb[dot]gov[dot]my/
webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Latest Update : Friday 20 September 2024, 06:43:57.

Total Visitors

03804720

Disclaimer : Melaka Historic City Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2024 All Rights Reserved. Melaka Historic City Council.